Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

153) KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon dijelaskan kaedah apakah yang digunakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dalam membuat pengisytiharan harta. Adakah ianya turut mengambil kira pengisytiharan harta itu termasuk bersama rakan kongsi yang mereka miliki selama ini?

    Sepertimana yang telah dimaklumkan pengisytiharan harta oleh ahli MMKN yang sedia digunakan melibatkan semua aset yang diperoleh mereka dalam bentuk kewangan (seperti pendapatan bulanan, dividen, saham) atau harta (seperti rumah, kereta dan lain-lain) dari 8 Mac 2008 – iaitu tarikh pelantikan jawatan MMKN. Ini adalah kerana tujuan pengisytiharan harta adalah untuk memastikan ahli MMKN tidak menggunakan kuasa mereka untuk memperoleh aset.

     

    Walau bagaimanapun, sebagai kerajaan yang mengutamakan ketelusan dan bertanggung jawaban, Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk memperbaiki kaedah pengisytiharan harta dan sedang meneliti semua pelbagai kaedah yang diguna pakai oleh negara-negara maju. Apabila kaedah yang baharu telah dikenal pasti, satu pengumuman akan dibuat dengan kadar segera.

     

    Pengisytiharan harta senaraikan harta milik ahli MMKN sendiri, bersama keluarga terdekat  (immediate family) iaitu suami/isteri dan anak sampai umur 18 tahun dan tidak mengambil kira harta yang dimiliki oleh rakan kongsi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.