Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

12) KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah konsep pelaksanaan program Kerajaan Prihatin?

    Konsep pelaksanaan Program Kerajaan Prihatin adalah, Program ini merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah yang selesa sebagai tempat berteduh dan secara tidak langsung dapat membantu golongan sasar untuk keluar dari garis kemiskinan. Proses pemberian bantuan Program Kerajaan Prihatin adalah melalui permohonan daripada pemohon kepada Pejabat Daerah dan dipanjangkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (Seksyen Sektoral). Kajian atau siasatan akan dilaksanakan melalui proses turun padang dan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Program Kerajaan Prihatin yang akan diadakan secara berkala. Keputusan mesyuarat tersebut akan dibawa untuk pengesahan Ketua Jabatan dan Pegawai Daerah untuk makluman dan lantikan kontraktor untuk proses berikutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.