Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

64) KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program kerajaan prihatin, selama ini mencapai matlamat dalam mempertingkatkan taraf kehidupan masyarakat?

    Program Kerajaan Prihatin bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah yang selesa sebagai tempat berteduh.

     

    Objektif program ini diwujudkan adalah untuk memberi bantuan membina semula rumah yang keseluruhannya terlalu daif dan tidak boleh lagi dibaiki pada harga RM25,000.00 sebuah. Rumah yang dibina lengkap dengan tiga (3) bilik tidur dan bilik air serta berkeluasan 560 kaki persegi termasuk pendawaian dalaman elektrik dan pemasangan paip air dalaman; atau memberi bantuan membaik pulih bahagian rumah ibu yang mengalami kerosakan pada kos tidak melebihi RM7,000.00.

     

    Sejumlah 163 buah rumah telah diluluskan bagi tujuan bina baru dan baik pulih sehingga Oktober 2008. Berikut adalah pecahannya ;

     

    Bil Daerah  Jumlah
    1. Klang 24
    2. Petaling 4
    3. Kuala Langat 18
    4. Hulu Langat 13
    5. Sabak Bernam 40
    6. Kuala Selangor 21
    7. Gombak 13
    8. Hulu Selangor 13
    9. Sepang 17

Lampiran

Tiada Lampiran.