Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

83) KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah ciri-ciri kritikal kejayaan 4 Kerajaan Tempatan menerima anugerah 4 bintang?

    1. Merujuk kepada keputusan “Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan” (SSR-PBT) 2010/2011, terdapat lapan (8) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor yang mendapat pengiktirafan 4 bintang iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Sepang(MPSepang) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

    Setiap Pihak Berkuasa Tempatan dinilai berdasarkan kepada empat

    (4) kriteria utama iaitu :

     

    Kriteria Utama Sub Kriteria Markah (%)
    Pengurusan Pengurusan Organisasi

    Pengurusan Kewangan Dan Aset

    Pengurusan Sumber Manusia

    30%
    Perkhidmatan Teras Pelaksanaan Dasar Pelesenan Dan

    Kawalan Perniagaan

    Perancangan

    Kawalan Bangunan

    Pengurusan Penilaian Dan Harta

    Pengurusan Lalulintas Dan Tempat

    Letak Kereta

    Penyenggaraan Lampu Trafik

    Penyenggaraan Landskap

    Perancangan dan Pelaksanaan Projek

    Undang-Undang dan Penguatkuasaan

    Kawalan         Pencegahan         Penyakit-

    Penyakit Berjangkit

    Pengurusan       Sisa        Pepejal       dan

    Pembersihan Awam

    35%
    Pengurusan Pelanggan Perkhidmatan-perkhidmatan Barisan

    Hadapan (Frontline)

    Pengurusan Aduan

    15%
    Penyertaan Komuniti Penglibatan Komuniti 10%
    Pandangan Penduduk   10%
    Jumlah 100%

    Kaedah yang digunakan oleh Pasukan Inspektorat, KPKT bagi melaksanakan penilaian SSR-PBT adalah seperti berikut:

    1. Semakan secara online melalui portal dan laman web;
    2. Temubual dengan penjawat awam di Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan;
    3. Semakan ke atas fail, rekod dan dokumen-dokumen berkaitan;
    4. Pemerhatian dan pemeriksaan di pejabat Pihak Berkuasa Tempatan termasuk kaunter-kaunter dan persekitaran Pihak Berkuasa Tempatan;
    5. Lawatan tapak dan premis-premis di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan juga tempat perniagaan, kemudahan awam, pasar basah dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.Selain daripada itu, Pihak berkuasa tempatan juga mengamalkan penambahbaikan melalui komenkomen dan cadangan-cadangan yang diberikan mengikut kriteria yang ditetapkan dalam penilaian penganugerahan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.