Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

84) KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme yang akan digunakan oleh kerajaan negeri dalam melantik ahli-ahli majlis tempatan?

    Pelantikan Ahli-ahli Majlis di Pihak Berkuasa Tempatan yang baru akan
    mengambil kira parti-parti pemerintah dan juga wakil badan-badan bukan
    kerajaan (NGO) termasuk kalangan profesional. Kerajaan Negeri juga turut
    mengutamakan keaktifan seseorang Ahli Majlis di dalam masyarakat serta bebas dari rekod jenayah, bersih dari Badan Pencegah Rasuah dan tidak bankrap serta menyelesaikan cukai-cukai taksiran, tanah dan lain-lain cukai yang tertunggak berdasarkan peraturan yang terkandung dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Lampiran

Tiada Lampiran.