Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

24) KERETA-KERETA YANG DIPERTUA PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN PEGAWAI DAERAH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menggantikan kereta-kereta baru kepada semua Pegawai Daerah dan YDP pihak berkuasa tempatan memandangkan kereta-kereta mereka telah berumur lebih kurang 8 tahun selaras dengan Selangor sebuah Negeri Maju Jaya.

    a) Berdasarkan rekod, kenderaan yang digunakan oleh Pegawai-Pegawai Daerah di Negeri Selangor masih lagi dalam tempoh usia yang ekonomik untuk digunakan. Perbendaharaan Negeri telah mempunyai senarai kenderaan-kenderaan Pegawai Daerah yang perlu diganti berdasarkan kepada usia dan penyelenggaraan. Sebarang penggantian bergantung kepada Sijil Perakuan Pelupusan daripada Jabatan Kerja Raya. Bagi kenderaan Yang Dipertua (YDP) pihak berkuasa tempatan, syor penggantian bergantung kepada kemampuan kewangan jabatan masing-masing setelah kenderaan yang sedia ada mendapat Sijil Perakuan Pelupusan daripada Jabatan Kerja Raya.

Lampiran

Tiada Lampiran.