Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

215) KERETA TERBIAR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur PBT untuk melupuskan kereta terbiar?

    Antara garis panduan atau Standard Operation Procedure (SOP) yang diguna pakai oleh PBT untuk melupuskan kenderaan buruk atau terbiar selepas tempoh notis tuntutan tamat adalah berdasarkan beberapa proses berikut:

    • Kelulusan Pelupusan dimulakan setelah tamat tempoh tuntutan selama 30 hari daripada tarikh serahan notis (bagi kenderaan) kepada pemilik bermula daripada tarikh tindakan sitaan dijalankan atau selepas carian JPJ gagal dijalankan bagi kenderaan yang disebabkan seperti ketiadaan nombor chasis atau nombor enjin;
    • Kaedah pelupusan akan diputuskan oleh Jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat Jabatan bagi memberi syor pada Laporan Syor Kaedah Pelupusan Barangan Sitaan Majlis samada barangan/ kenderaan sitaan tersebut sama ada akan dijual, musnah, hadiah atau kaedah-kaedah lain yang setara;
    • Melantik Saksi yang terdiri daripada satu (1) wakil jabatan dan satu (1) wakil jabatan dalaman PBT oleh pihak jabatan sebagai Saksi Penyaksian Pelupusan bagi barangan/ kenderaan kes yang telah dilucutkan hak oleh mahkamah dan membuat laporan kaedah pelupusan barangan sitaan dengan lengkap; dan
    • Melaporkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan menghantar senarai kenderaan dan kaedah pelupusan termasuk Laporan pelupusan lengkap yang meragkumi Sijil Penyaksian Pemusnahan Barangan Sitaan dan Sijil Pelupusan Barangan

Lampiran

Tiada Lampiran.