Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

150) KERJA-KERJA PEMOTONGAN RUMPUT, SAPU JALAN DAN LOT PARKING SERTA PEMBERSIHAN LONGKANG-LONGKANG AWAM DI SEMUA KAWASAN PBT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerja-kerja pembersihan ini adalah amat tidak memuaskan di semua PBT. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Berikutan terdapat banyak aduan yang diterima oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhubung perkhidmatan Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB). Kerajaan Negeri telah mengambil langkah agar setiap PBT melakukan proses pengambilalihan kerja pembersihan awam daripada AFSB. Lanjutan daripada itu, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah menyelaraskan bahawa setiap pemantauan dilakukan bagi kerja-kerja yang tidak memuaskan akan ditolak sebanyak RM 50.00 dan RM 100.00 bagi masalah aduan. Manakala bagi Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), pihak majlis telah menjalankan program ˮZon Bersihˮ di setiap kawasan pentadbiran. Selain daripada itu, pihak majlis turut memperkemaskan dan memperincikan skop dan spesifikasi kerja pembersihan awam selain mewujudkan Standard of Prosedur bagi tujuan pemantauan.

Lampiran

Tiada Lampiran.