Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

251) KERJA-KERJA TURAPAN JALAN OLEH SYARIKAT UTILITI

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai data kerosakan jalan akibat daripada kerja-kerja turapan jalan yang tidak sempurna oleh syarikat utiliti?

    Buat masa ini, pihak JKR tidak mempunyai data kerosakan jalan akibat daripada kerja-kerja turapan jalan yang tidak sempurna oleh syarikat utiliti. Walaubagaimanapun, pihak JKR Daerah sentiasa membuat pemantauan berdasarkan pengeluaran permit kerja kepada syarikat utiliti yang menjalankan kerja-kerja melibatkan pengorekan jalan serta kualiti pembaikan semula jalan selepas kerja pihak utiliti selesai.

    Disamping itu juga, pihak JKR Daerah dan konsesi sentiasa membuat rondaan untuk memastikan kerosakan akibat daripada kerja yang tidak sempurna yang dilakukan oleh pihak utiliti dapat dibaiki dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.