Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

46) KERJA NAIK TARAF JALAN LOMBONG KAMPONG JAYA SEPAKAT

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini mengenai kerja-kerja menaik taraf sepanjang Jalan Kampong Lombong (Kampong Jaya Sepakat) selepas YAB DatoÕ Seri Menteri Besar mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM13 juta untuk projek tersebut?

    Projek ini sedang dalam pembinaan. Tarikh milik tapak projek ini pada 1 Mac 2016 dan dijangka siap pada 22 Ogos 2016. Kerja-kerja pembinaan di tapal yang sedang berjalan adalah kerja-kerja cerucuk bagi pembinaan tembok penahan (retaining wall) dan jambatan. Peratus kemajuan kerja di tapak adalah 25.61% (sebenar) berbanding 25.43% (jadual).

Lampiran

Tiada Lampiran.