Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

12) KERJA PEMBERSIHAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pihak Berkuasa Tempatan terus menggunakan kontraktor bagi kerja-kerja selenggara seperti pembersihan dan pembuangan sampah walaupun kerja para kontraktor tidak memuaskan. Bagaimana kontraktor yang kerja-kerja mereka tidak memuaskan masih diberi kontrak bagi kerja-kerja selenggara?

    Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. sentiasa
    membuat pemantauan terhadap kontraktor–kontraktor pembersihan yang dilantik
    oleh Alam Flora Sdn Bhd di sekitar Petaling Jaya. Penilaian prestasi Kontraktor
    akan diberi dan sekiranya prestasi tidak memuaskan, maka Syarikat Alam Flora
    Sdn Bhd akan membatalkan kontrak mereka.

     

    Latar Belakang
    Pihak Alam Flora diberi tanggungjawab oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    untuk melaksanakan kerja-kerja kutipan dan pembersihan awam di kawasan
    Petaling Jaya. Kontraktor kutipan dan pembersihan awam di kawasan Petaling
    Jaya adalah di bawah naungan dan pengurusan Alam Flora.
    Pemantauan Prestasi Alam Flora oleh PBT
    Pihak PBT bertanggungjawab untuk mengawal selia dan memantau prestasi
    kerja-kerja kutipan dan pembersihan yang dilakukan oleh pihak Alam Flora dan
    kontraktor yang telah dilantik. Notice to Correct (NTC) @ Notis Tindakan
    Pembetulan akan dikeluarkan oleh PBT kepada pihak Alam Flora sekiranya
    terdapat kegagalan dalam kerja kutipan dan pembersihan kawasan yang tidak
    memuaskan. Tempoh 24jam diberikan kepada Alam Flora untuk menjawab NTC
    tersebut dan melaksanakan tindakan pembetulan. Penalti akan dikenakan oleh
    PBT kepada Alam Flora sekiranya gagal melaksanakan tindakan susulan dalam
    waktu yang telah ditetapkan.
    Pemantauan Prestasi Kontraktor oleh Alam Flora
    Pihak Alam Flora adalah bertanggungjawab memantau prestasi kontraktor yang
    telah dilantik dalam melaksanakan kerja-kerja kutipan dan pembersihan tersebut.
    Bagi kontraktor kutipan dan pembersihan, prestasi kontraktor akan dinilai oleh
    pihak Alam Flora berdasarkan kerja yang dilakukan sepanjang tahun. Sekiranya
    mereka gagal melaksanakan kerja-kerja seperti yang terkandung di dalam skop
    kerja dan perjanjian kontrak, Notice to Correct (NTC) @ Notis Tindakan
    Pembetulan akan diberikan kepada kontraktor.
    Adalah dilaporkan sejumlah 44 unit NTC telah dikeluarkan di kawasan Petaling
    Jaya di sepanjang 6 bulan pertama di tahun 2008 yang meliputi kawasan
    inhouse dan kontraktor. Jadual berikut menunjukkan bilangan NTC yang
    dikeluarkan daripada bulan Januari hingga Jun 2008.
    Jadual 1 : Jumlah NTC di kawasan MB Petaling Jaya (2008)
    Kawasan Jumlah NTC ( 2008)
    Jan Feb Mac April Mei Jun Jumlah
    MB Petaling Jaya 23 0 6 7 2 6 44
    Tindakan Ke Atas Kontraktor Berprestasi Rendah
    Tempoh masa akan diberikan kepada kontraktor untuk menjawab notis dan
    mengambil tindakan susulan. Sekiranya dalam tempoh 24jam mereka gagal
    mengambil tindakan susulan, pihak Alam Flora akan mengeluarkan notis dan
    melakukan tindakan susulan. Penalti akan dikenakan ke atas kontraktor yang
    gagal melaksanakan tindakan pembetulan dalam masa yang telah ditetapkan.
    Peringatan dan amaran akan diberikan kepada kontraktor yang tidak
    menunjukkan prestasi cemerlang dan pihak syarikat berhak untuk menggantung,
    tidak menyambung kontrak atau menamatkan kontrak perkhidmatan tersebut.
    Jadual 2 menunjukkan jumlah peringatan, surat amaran, notis tidak
    menyambung kontrak dan juga jumlah penamatan kontrak yang dikeluarkan
    kepada pihak kontraktor dalam tahun 2007 dan 2008.
    Jadual 2 : Jumlah Surat Peringatan, Amaran, Penggantungan dan Penamatan
    Kontrak di kawasan MB Petaling Jaya
    Tahun Peringatan Amaran
    Notis Tidak
    Menyambung
    Kontrak
    Penamatan
    Kontrak Jumlah
    2007 1 25 1 2 29
    2008
    (Jan – Sep) 0 8 1 0 9
    Jumlah 1 33 2 2 38

Lampiran

Tiada Lampiran.