KERJA PEMBINAAN 8 UNIT TOKONG DI JALAN BUKIT KERAYONG, PELABUHAN KLANG
33) KERJA PEMBINAAN 8 UNIT TOKONG DI JALAN BUKIT KERAYONG, PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Melati Ehsan Consolidated Sdn. Bhd. masih belum membina 8 unit tokong di Jalan Bukit Kerayong, Pelabuhan Klang disebabkan tanah berkenaan belum digazetkan sebagai tanah rumah ibadat. Bila ianya akan digazetkan?
a) dan b)
Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor (HESI) Bil.5/2017 yang diadakan pada 26 September 2017 telah bersetuju untuk menyokong permohonan pewartaan perizapan tanah tersebut kepada empat (4) persatuan keagamaan iaitu:
- Persatuan Penganut Dewa Khong Hock Kong Pelabuhan Klang;
- Persatuan Penganut Dewa Kwang Poh Klang;
- Persatuan Penganut Dewa Guan Shi Miao Pelabuhan Klang; dan
- Persatuan Penganut Dewa Lam Suah Keng Klang
Terdapat 4 plot kosong bagi tujuan Rumah Ibadat Selain Islam untuk penempatan semula tokong di sekitar Pandamaran. Permohonan tersebut adalah dalam tindakan untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri.
