Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

52) KERJA PEMBINAAN 8 UNIT TOKONG DI JALAN BUKIT KERAYONG, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Melati Ehsan Consolidated Sdn Bhd masih tidak dapat memulakan kerja untuk membina 8 unit tokong di Jalan Bukit Kerayong, Pelabuhan Klang sehingga kini disebabkan tanah yang berkenaan masih belum digazetkan sebagai tanah rumah ibadat. Bila ianya akan dapat digazetkan untuk membolehkan kerja pembinaan dimulakan?

    Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor (HESI) Bil. 5/2017 bertarikh 4.7.2017 telah memutuskan penetapan tokong di atas 8 tapak tersebut. Namun begitu, terdapat isu di antara Melati Ehsan Consolidated Sdn. Bhd. dengan persatuan-persatuan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sehingga menyebabkan pewartaan di atas tapak tokong tersebut masih belum dapat dilaksanakan. PTD Klang akan melaksanakan pewartaan di atas tapak tokong tersebut setelah isu di antara Melati Ehsan Consolidated Sdn. Bhd. dengan persatuan-persatuan dapat diselesaikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.