Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

143) KERJASAMA ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI DAN GLC-GLC UNTUK MEMBANTU ADUN DALAM PROGRAM KEMASYARAKATAN (CSR)

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat rancangan untuk menggalakan kerjasama antara pihak GLC dan ADN bagi manfaat rakyat?

    Segala bentuk kerjasama antara pihak GLC dan ADN perlu diuruskan oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADN masing-masing. Dewan Negeri merupakan badan perundangan yang berkuasa menggubal undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang negeri yang dipanggil enakmen. Justeru itu, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengadakan kerjasama di antara ADN bersama GLC.

Lampiran

Tiada Lampiran.