Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

215) KERJASAMA DI ANTARA JKKK DAN ADUN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerjasama yang erat di antara JKKKK dengan ADUN di kawasan yang diwakili adalah amat penting bagi memastikan maklumat pemerintahan Kerajaan Negeri sampai pada peringkat akar umbi. Apakah prosedur / syarat-syarat kelayakan bagi setiap calon JKKK yang menjadi orang kanan kepada setiap ADUN di dalam sesuatu kawasan?

    Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi iaitu Ketua Kampung, seorang Setiausaha, seorang Bendahari dan ahli-ahli yang lain. Jumlah keanggotaan JKKK hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya lima (5) orang dan tidak melebihi lima belas (15) orang.

     

    Berikut adalah prosedur / syarat-syarat kelayakan bagi setiap calon JKKK :

     

    1) Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.

    i) Warganegara Malaysia;
    ii) Berumur di antara 30 – 65 tahun;
    iii) Hendaklah tahu membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia, kecuali bagi Pengerusi JKKK / Ketua Kampung bukan Melayu memadailah ia tahu bertutur Bahasa Melayu.
    iv)Hendaklah telah berumah tangga (beristeri) di dalam kampung itu dan telah bermastautin dalam kampung sekurang-kurangnya dua (2) tahun. Bagi kampung yang baru dibina, syarat ini boleh dilonggarkan mengikut budi bicara Pegawai Daerah.
    v)Hendaklah ia bekerja sendiri di kampung berkenaan itu ataupun menjalankan pekerjaan lain tetapi yang difikirkan masa dan tenaganya yang berpatutan bagi jawatan sebagai Pengerusi JKKK /Ketua Kampung;
    vi) Hendaklah ia seorang yang bukan kakitangan Kerajaan; dan
    vii) Hendaklah ia berkelakuan baik.

     

     

    2) Ahli JKKK.

    1. Warganegara Malaysia;
    2. Hendaklah berumur tidak kurang 21 tahun tetapi tidak lebih daripada 65 tahun;
    3. Mempunyai peribadi yang baik, dihormati dan disegani oleh orangorang kampung;
    4. Mempunyai tahap kesihatan yang memuaskan untuk menjalankan tugas. Sekiranya telah berumur 50 tahun ke atas, laporan perubatan diperlukan untuk setiap lantikan;
    5. Bersih daripada apa-apa kesalahan jenayah dan apa-apa bentuk rupa kejahatan kecuali mereka yang pernah terlibat dengan jenayah telah diakui bersih oleh Pegawai Daerah dah Ahli Dewan Negeri Parti Pemerintah;
    6. Sekurang-kurangnya tahu membaca atau menulis Bahasa Kebangsaan kecuali Ahli JKKK yang bukan Melayu dan boleh bertutur Bahasa Melayu; dan
    7. Bermastautin di kampung tersebut secara berterusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.