Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

79) KERJASAMA LPHS DAN MBI BAGI PEMBANGUNAN PERUMAHAN MAMPU MILIK

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk kerjasama di antara LPHS dan MBI dalam perancangan pembangunan perumahan mampu milik Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pihak LPHS sedia bekerjasama dengan MBI atau agensi-agensi lain terutama anak Syarikat Kerajaan Negeri di dalam pembangunan perumahan mampu milik di Negeri Selangor bagi memastikan perumahan tersebut sampai kepada golongan sasar. Semua projek-projek perumahan yang dijalankan sama ada ianya terdiri dari pihak MBI atau anak Syarikat Kerajaan Negeri mahupun syarikat swasta yang lain adalah tertakluk kepada dasar-dasar semasa yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri seperti Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku 2.0), Dasar Pembangunan Berasaskan ‘Transit Oriented Development’ (TOD), Rancangan Tempatan Pihak Berkuasa Tempatan dan Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor serta lain-lain dasar berkaitan bagi menggalakkan dan memperbanyakkan lagi rumah mampu milik di Negeri Selangor. Di antara bentuk kerjasama yang akan dijalankan adalah seperti berikut :

    • Akan membangunkan tanah-tanah milik LPHS dan MBI sebagai Rumah Mampu Milik / Rumah Selangorku yang terdiri daripada harga RM42,000.00 hingga RM250,000.00 seunit.
    • Membenarkan peningkatan densiti pembangunan di antara 90 unit per ekar sehingga 120 unit per ekar tertakluk kepada zon pembangunan dengan mengambilkira kesesuaian lokasi / tapak cadangan, kemudahan infrastruktur seperti jalan keluar masuk (keperluan Laporan “Traffic Impact Assessement” (TIA) dan keperluan mematuhi syarat teknikal yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    • Menyediakan Pusat Setempat (One Stop Centre) di LPHS melalui Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku bagi membincangkan komponen penyediaan Rumah Mampu Milik / Rumah
    • Mempromosikan / menyebarluaskan projek-projek Rumah Selangorku supaya diketahui oleh rakyat
    • Mengadakan program-program penawaran Rumah Selangorku secara terbuka setelah penawaran berdasarkan merit dibuat bagi mempercepatkan urusan pembelian Rumah Selangorku.

Lampiran

Tiada Lampiran.