Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

295) KERJAYA WANITA DAN ANAK MUDA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah insentif Kerajaan Negeri dalam membantu golongan anak muda dan wanita demi menggalakkan mereka menceburi kerjaya masing-masing?

    Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan dalam membantu golongan anak muda dan wanita demi menggalakkan mereka menceburi kerjaya masing-masing.

    Bagi golongan anak muda, antara insentif yang diberikan adalah seperti berikut :

    1. Mengenalpasti kategori dan kecenderungan belia;

     

    1. Mewujudkan pangkalan maklumat lengkap tentang belia Selangor;
    2. Mewujudkan mekanisma pengurusan dan komunikasi belia Selangor;

     

    1. Mengenalpasti dan melaksanakan program-program belia yang menekankan aspek kepedulian masyarakat;

     

    1. Membentuk budaya sayangkan ilmu dikalangan belia;

     

    1. Membantu belia dalam mengenalpasti kerjaya yang bersesuaian;

     

    1. Menyediakan peluang dan ruang untuk belia bergerak aktif dalam sukan; dan

     

    1. Menganjurkan program hiburan yang bersesuaian selaras dengan kehidupan yang sihat dan

     

    Kerajaan Negeri menawarkan pelbagai insentif kepada golongan anak muda dan golongan wanita seperti berikut :

    1. Program-program pemberdayaan wanita Selangor melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB) dengan kerjasama pelbagai jabatan, agensi dan persatuan NGO diseluruh Selangor;

     

    1. Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel) bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat Negeri. Skim yang ditubuhkan pada bulan 8 Julai 2010 bermatlamat membantu golongan miskin khususnya golongan anak muda dan golongan wanita memperolehi dana bagi menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha membebaskan mereka dari kitaran

    Skim ini dikendalikan oleh Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor dengan peruntukan sebanyak RM50 juta. Skim ini berbentuk pinjaman kewangan maksimum RM3,000 dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan. Skimsel tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah.

    1. Skim Mikrokredit Bandar (MIMBAR)

    Memberi bantuan pinjaman mikrokredit kebajikan serta berkongsi kekayaan kerajaan negeri kepada masyarakat miskin bandar yang memerlukan bagi memupuk semangat berdikari serta memberi ruang dan peluang untuk rakyat miskin bandar membaiki kehidupan dan pendapatan seisi keluarga untuk melepasi Paras Garid Kemiskinan (PGK) dan tidak lagi bergantung kepada bantuan kebajikan semata- mata. Latihan, sokongan, kemudahan dan bimbingan berterusan turut disediakan untuk golongan miskin bandar bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat selari dengan pembangunan dan kema- juan negeri.

    1. Dana Usahawan

    Kerajaan Negeri menyediakan bantuan dana kepada para Usahawan dalam bentuk peralatan dan sokongan untuk memajukan lagi industri perniagaan. Insentif ini diberikan sebagai galakan kepada para usahawan untuk terus maju dan memperoleh pendapatan yang lebih lumayan.

    1. Blue Print Kemiskinan

    Insenti Kerajaan masih diteruskan dalam usaha membangunkan rakyat Selangor dari dibelenggu kemiskinan. Justeru itu, Kerajaan Negeri menyediakan Program Blue Print Kemiskinan bagi membantu warga Selangor yang masih lagi berada di bawah paras kemiskinan. Program Blue Print Kemiskinan ini memberi bantuan berbentuk peralatan bagi pemohon memulakan perniagaan atau memulakan aktiviti meningkatkan pendapatan isi rumah.

Lampiran

Tiada Lampiran.