Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

292) KEROSAKAN INFRASTRUKTUR AKIBAT AKTIVITI PENEROKAAN ATAU PEMAJUAN TANAH TANPA KEBENARAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan terhadap aktiviti-aktiviti teroka atau pemajuan tanah tanpa permit yang mengakibatkan perparitan tersumbat atau mengotori jalanraya?

    Kerajaan Negeri melalui PBT akan mengeluarkan arahan notis pemberhentian kerja atau “stop work order” kepada pemaju dan kompaun di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) bagi aktiviti teroka atau pemajuan tanah tanpa kelulusan. Sekiranya aktiviti berkaitan berlaku di atas tanah kerajaan/rizab, PBT akan memanjangkan isu tersebut kepada Pentadbir Tanah Daerah atau agensi berkaitan untuk diambil tindakan penguatkuasaan di bawah Kanun Tanah Negara.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.