Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

81) Kerosakan Jalan Di Ijok / Bestari Jaya

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah2 dan tindakan tegas Kerajaan Negeri untuk menghentikan kerosakan jalan yang sering disebabkan oleh kenderaan berat?

    JKR sememangnya komited untuk menangani isu jalan rosak di Jalan Ijok/Bestari Jaya atau dikenali sebagai Jalan Bukit Badong (B35). Antara langkah yang telah diambil oleh pihak JKR adalah seperti berikut:

    i. Melaksanakan kerja pembaikan dan penyenggaraan jalan tersebut melalui Kontrak Jangka Panjang, Kontrak Berpusat dan secara sebutharga jabatan pada tahun ini.
    ii. Menggunakan kaedah teknologi terkini dalam pelaksanaan kerja-kerja pembaikan jalan, contohnya Cold In-Place Recycling (CIPR) bagi menyelesaikan masalah struktur jalan yang rosak.
    iii. JKR juga merancang untuk membangunkan sistem bersepadu maklumat jalan raya (Integrated Road Information System) yang akan mengintegrasikan sistem sedia ada dan ianya akan dipantau oleh Smart Selangor Intelligent Operations Centre (SIOC).
    iv. Pihak JKR bersama semua agensi seperti PTD (Pengeluar Permit Pasir), JPJ dan PDRM akan meningkatkan lagi penguatkuasaan terhadap kenderaan berat yang lebih muatan.

    JKR telah mengarahkan pihak konsesi jalan negeri untuk memberi perhatian dalam pemantauan khusus kepada jalan ini dan beberapa jalan yang sering digunakan oleh pengusaha kuari dan projek lebuhraya WCE.

    JKR akan terus mengadakan perbincangan bagi mendapatkan kerjasama daripada badan-badan penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor (PDTKS) bagi tindakan penguatkuasaan untuk kenderaan-kenderaan berat melebihi muatan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.