Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

69) KEROSAKAN JALAN JALAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan yang dilakukan untuk mempastikan permukaan Jalan Persekutuan dan Negeri diselenggara dengan baik dan selamat digunakan oleh orang ramai, khususnya di Daerah Kuala Langat?

    1. Pelaksanaan kerja penyenggaraan jalan negeri dan persekutuan secara Kontrak Jangka Panjang yang merangkumi kerja senggara rutin, berkala pavemen dan berkala bukan
    2. Pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan jalan raya negeri dan persekutuan melalui kerja sebut
    3. Pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan jalan di jalan-jalan negeri melalui Kontrak
    4. Pelaksanaan Program Kajian Pavemen. Ia adalah satu kaedah saintifik di mana kekuatan, ketahanan dan kerosakan jalan dinilai secara sistematik. Kerja-kerja penyenggaraan jalan negeri akan dibuat berdasarkan senarai keutamaan melalui Program Kajian Pavemen
    5. JKR Negeri Selangor telah menerbitkan Garis Panduan Amalan Baik Dalam Kerja Turapan dan Senggara Jalan dan telah diedarkan kepada semua pegawai JKR di Negeri Selangor sebagai rujukan semasa kerja-kerja pengawasan di tapak.
    6. Spesifikasi pembinaan dan membaiki jalan raya sentiasa ditingkatkan. Ibut pejabat JKR Malaysia sentiasa mengemaskini spesifikasi pembinaan dan senggaraan jalan yang dilaksanakan oleh kumpulan pakar di Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.