Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

119) KEROSAKAN JALAN PERSIARAN HAMZAH ALANG DAN JALAN KAPAR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah pihak JKR Selangor akan mula membaiki jalan Persiaran Hamzah Alang dari Meru-Kapar dan Jalan Kapar dari Pekan Kapar-Klang yang kini telah rosak teruk?

    Bagi kerja penyelenggaraan, pihak JKR Selangor telah mengemukakan permohonan peruntukan kerja berkala pavemen berjumlah  RM4.9 Juta kepada pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) di Seksyen 0.60 hingga Seksyen 1.80, Seksyen 5.20 hingga Seksyen 5.40,  dan Seksyen 5.40 hingga Seksyen 10.90 iaitu lokasi jalan yang mengalami kerosakan teruk di FT3217. Secara dasarnya pihak KKR telah bersetuju untuk meluluskan permohonan peruntukan tersebut.

    Walau bagaimanapun, kerja-kerja penyelenggaraan secara rutin di bawah pihak konsesi jalan masih dijalankan seperti contoh; penampalan pothole, pemotongan rumput dan penyelenggaran bahu jalan dan pembersihan longkang.

    Bagi program jangka panjang, jalan ini telah dimohon untuk dinaiktaraf di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12.

Lampiran

Tiada Lampiran.