Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

2) KEROSAKAN JALAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi dan usaha Kerajaan Negeri bagi mengatasi kerosakan teruk yang sering berlaku di jalan antara Sungai Panjang melalui Bagan Terap sehingga Kampung Sepintas?

    Bagi mengatasi kerosakan teruk yang sering berlaku di jalan antara Sungai Panjang melalui Bagan Terap sehingga Kampung Sepintas, JKR Selangor telah mengambil tindakan dan usaha sewajarnya seperti berikut:

    Bagi menyelesaikan masalah struktur jalan – jalan yang rosak bagi lapisan pavemen (wearing & binder course) adalah menggunakan kaedah Cold InPlace Recycling (CIPR). Kaedah CIPR melibatkan kerja memecahkan lapisan pavemen asal, diikuti dengan menggaul dengan bahan penstabil sebelum dihampar semula dan dimampatkan dalam satu proses. Antara kebaikannya adalah penggunaan sepenuhnya bahan asal, pengurangan dari segi penggunaan bahan baru serta meningkatkan kekuatan struktur pavemen. Antara lokasi pembaikan yang telah dibuat seperti di Jalan Dato Miskon, Bukit Kerayong, Kuala Selangor dimana ianya menggunakan Teknologi CIPR Polimer yang telah diadakan pada 24 Februari 2017. Penilaian keberkesanan akan dibuat dan diteruskan ke lokasi – lokasi lain bagi pembaikan menggunakan kaedah CIPR. Selain itu, pihak JKR akan sentiasa melaksanakan pemantauan berkala dan penyenggaraan kerja – kerja rutin.

    Melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah Sabak Bernam, ahli mesyuarat telah bersetuju agar pihak JPJ dan SPAD memantau lori – lori yg membawa muatan berlebihan dan melalui jalan Sg. Panjang ke Bagan Terap dan Sepintas. Lori – lori yang membawa muatan yang berlebihan ini merupakan punca kepada kerosakan jalan yang serius.

Lampiran

Tiada Lampiran.