Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

190) KEROSAKAN JALANRAYA PEKAN IJOK KE PEKAN BISTARI JAYA YANG BARU SIAP

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak yang memantau kenderaan2 berat yang merosakkan jalanraya hingga membahayakan pengguna?

    Terlebih dahulu SPAD ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan serta rasa tanggungjawab pihak YB terhadap aktiviti penguatkuasaan undang- undang berkaitan dengan sistem pengangkutan barangan di

     

    SPAD sentiasa menjalin kerjasama dengan semua agensi penguatkuasaan yang terdapat di Malaysia semenjak penubuhannya pada 3 Jun 2010 sehingga kini. Pelbagai operasi secara bersepadu dan penguatkuasaan bersama telah diadakan membabitkan semua agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Imigresen Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan juga Pihak Berkuasa Tempatan.

     

    Selain itu, SPAD juga telah menjalankan pelbagai jenis operasi antaranya Operasi Harian yang dilakukan tanpa melibatkan agensi penguatkuasaan yang lain. Ianya dijalankan secara Penguatkuasaan Statik dan Rondaan. Selain itu, Operasi Bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasa yang lain telah juga dilaksanakan untuk menangani isu perlanggaran syarat permit  yang telah dikeluarkan khasnya terhadap kenderaan barangan. SPAD juga sentiasa bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengadakan Operasi Khas terhadap kenderaan berat yang diletakkan dibahu-bahu jalan dan kawasan perumahan.

     

    Untuk makluman, statistik keseluruhan operasi khas yang dikenali sebagai Ops Hippo yang telah dilaksanakan oleh SPAD di seluruh Semenanjung Malaysia bermula dari bulan Jun 2011 hingga Februari 2016 adalah sebanyak 1,006 dan Operasi Bersepadu sebanyak 1,457. Kesemua operasi yang telah dijalankan ini melibatkan pemeriksaan dan juga penguatkuasaan yang dilakukan ke atas kenderaan pengangkutan barangan. Di antara jenis kesalahan yang telah diambil tindakan merangkumi kesalahan-kesalahan seperti berikut:

     

    1. Membawa muatan melebihi had yang
    2. Gagal memastikan muatan di bawa dengan
    3. Gagal kemuka/pamer lesen
    4. Membawa muatan yang tidak

     

    Untuk kes-kes lori, sehingga kini sebanyak 11,063 kes di Seluruh Semenanjung Malaysia telah direkodkan. Dari jumlah tersebut sebanyak 2,847 Kes adalah membabitkan Negeri Selangor Darul Ehsan. Secara keseluruhannya, sejumlah 39 peratus adalah atas kesalahan membawa lebih muatan. Manakala sebanyak 34 peratus adalah atas kesalahan gagal memastikan muatan yang di bawa adalah dalam keadaan selamat dan selebihnya adalah lain-lain kesalahan. Melalui peruntukan di bawah Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta PAD) 2010, kesalahan membabitkan kenderaan pengangkutan barangan akan dikenakan ke atas Pengusaha/Pengendali sesebuah syarikat. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab pengusaha/pengendali dalam memastikan pemandu mereka mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada. Apabila disabitkan, denda tidak kurang daripada RM 1,000.00 dan tidak melebihi RM 500,000.00 atau dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan ke atas mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.