Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

288) KEROSAKAN KEMUDAHAN DAN BANGUNAN PASAR BESAR KLANG JALAN MERU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Susulan lawatan wakil YAB MB dan EXCO, apakah status terkini tindakan aduan pelbagai kerosakan bangunan, kemudahan dan pengurusan?

    Majlis sentiasa membuat pemantauan dengan sebaiknya dan menangani sebarang aduan yang diterima. Sebarang kerosakan akan cuba dibaiki berdasarkan situasi dan keperluan di tapak. Namun terdapat beberapa kemudahan yang memerlukan kos yang tinggi bagi pembaikannya, di mana Majlis telah memohon mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.