Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

270) KES Dakwaan Pencemaran Sungai

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan kes pendakwaan pencemaran sungai yang sedang dibicarakan di mahkamah?

    Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, pencemaran sungai merupakan kesalahan di bawah Seksyen 25(1) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 100,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya.

    1. Bilangan kes pendakwaan berkaitan pencemaran sungai yang sedang dibicarakan adalah sebanyak dua (2) kes.
    2. Bagi 91 kes mahkamah yang telah selesai, jumlah keseluruhan denda adalah sebanyak RM 915,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.