Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

185) KES DAKWAAN TERHADAP PEMAJU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan sebab utama kegagalan Pemaju memperolehi CCC sebelum penyerahan kunci kepada pembeli projek perumahan?

    Bermula pada 13 April 2007, Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) telah mula dilaksanakan bagi menggantikan Sijil Kelayakan Menduduki (CF). Di bawah sistem perakuan baru ini, CCC akan dikeluarkan oleh Arkitek Profesional atau Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) atau Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) selaku Orang Utama yang mengemukakan (Principal Submitting Person – PSP) yang dilantik oleh pemaju dan bukan lagi dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

    Sehubungan dengan itu pemaju akan hanya memperolehi CCC setelah semua badan-badan profesional yang dilantik sendiri oleh pemaju berpuashati bahawa pembinaan sesuatu bangunan itu telah diawasi dan disiapkan mengikut peruntukan–peruntukan perundangan dan syarat-syarat teknikal dalam Kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan seperti yang ditetapkan oleh PBT.

    Lazimnya sebab utama kegagalan Pemaju mendapatkan CCC adalah :-

    1. Tidak dipohon perakuan siap dan pematuhan di keluarkan oleh (PSP)
    2. Gagal mengeluarkan borang G1 –          G21 yang lengkap dan tidakkemukakan Borang F ( Perakuan PSP)
    1. Urusan berkaitan hal tanah belum diselesaikan sehingga tahap pengemukaan borang F oleh (PSP)
    2. Ulasan dan sokongan Jabatan teknikal dalaman dan luaran gagal dipatuhi oleh (PSP)
    3. Terdapat pencerobohan bersempadan lot pembangunan yang dijalankan.
    4. PSP telah (demised) meninggal dunia dan tiada pengganti yang dilantik oleh Pemaju untuk ambil alih tanggungjawab.
    5. Pemaju telah digulungkan / Projek terbengkalai kekal.

Lampiran

Tiada Lampiran.