Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

239) KES DENGGI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan program dan gerak kerja mengikut daerah yang telah dilakukan untuk membasmi masalah denggi kawasan perumahan dan kawasan kilang?

    Setiap aktiviti denggi di peringkat daerah samaada melibatkan program atau gerak kerja di mana-mana premis adalah mengikut standard garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.  Aktiviti utama yang dilaksana adalah :

     

    1. Penghapusan tempat pembiakan nyamuk
    2. Semburan ruang termal
    • Semburan ULV
    1. Aktiviti Pendidikan kesihatan denggi
    2. Aktiviti penguatkuasaan/ perundangan

     

    Bagi membasmi masalah denggi di kawasan perumahan dan kilang, antara usaha yang perlu dilaksana termasuklah:

     

    • Membincangkan isu denggi di peringkat daerah secara terperinci untuk tindakan yang diambil oleh pihak terlibat  melalui Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dihadiri oleh kesemua agensi terlibat seperti PKD, PBT, Ahli Majlis dan sebagainya

     

    • Membincangkan isu serta punca pembiakan denggi di lokasi terlibat bersama penduduk/ ahli majlis/ DUN agar dapat diambil tindakan bersama.

     

    • Memperkasakan peranan penduduk/ agensi terlibat melalui penubuhan pasukan COMBI bagi melaksana aktiviti pencegahan denggi (pemusnahan tempat pembiakan denggi serta pendidikan kesihatan denggi) di lokaliti berkenaan.

     

    • Melaksana program gotong-royong berfokus bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk bersama masyarakat di lokaliti berkenaan.

     

    • Aktiviti penguatkuasaan seperti pengeluaran Seksyen 8 serta pengeluaran kompaun bagi premis kediaman dan penutupan serta tindakan mahkamah bagi kilang yang mempunyai pembiakan denggi positif.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.