Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

19) KES DENGGI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada tahun 2011 dan 2012? sila berikan taburan kes menurut daerah.

    Jumlah kes demam denggi di Selangor pada tahun 2011 adalah sebanyak 7769 kes yang dilaporkan manakala pada tahun 2012 adalah sebanyak 9113 kes. Peningkatan sebanyak 17% dilaporkan.

    Taburan kes mengikut daerah adalah seperti berikut :

    KES DENGGI NEGERI SELANGOR- TAHUN 2012/ 2011

    DAERAH TAHUN 2012 TAHUN 2011
    Petaling 2,554 2,074
    Gombak 970 1,468
    Klang 2,291 1,366
    Hulu Langat 2,242 1,995
    Hulu Selangor 261 260
    Kuala Langat 189 165
    Kuala Selangor 272 259
    Sepang 214 89
    Sabak Bernam 120 93
    JUMLAH 9,113 7,769

Lampiran

Tiada Lampiran.