Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

109) KES KEKASARAN MELIBATKAN PENGUATKUASA PBT

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kes-kes kekasaran yang melibatkan penguatkuasa PBT dengan orang awam mengikut PBT sepanjang tahun 2018 dan 2019. Apakah perancangan PBT dalam menghadapi kes-kes sedemikian dan mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku?

    Senaraikan kes-kes kekasaran yang melibatkan penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan orang awam mengikut PBT sepanjang tahun 2018 dan 2019 adalah seperti berikut:

    PBT telah mengambil pelbagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga dalam menghadapi kes-kes sedemikian serta mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah:

    1. Memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya dalam melaksanakan tugas;
    2. Mengadakan kursus-kursus integriti, kemahiran komunikasi dan modal insan;
    3. Memperbanyakan program-program kepimpinan diri yang efektif untuk budaya kerja yang cemerlang;
    4. Menyediakan latihan mempertahankan diri;
    5. Meningkatkan kefahaman berkenaan undang-undang berkaitan terutama melibatkan halangan dan galangan ke atas penjawat awam serta hak-hak mempertahankan diri; dan
    6. Kerap menjalankan operasi bersama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan lain-lain agensi yang berkaitan.

     

    Bagi memastikan setiap tindakan penguatkuasaan di lapangan lebih berintegriti dan bagi memastikan tiada perkara berbangkit oleh orang awam, kebanyakan PBT dalam perancangan pembelian kamera badan bagi kegunaan anggota di lapangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.