Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

65) KES KHALWAT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kes-kes khalwat yang telah dibawa ke mahkamah dan sejauh manakan penyelesaian kes berkenaan?

    Semenjak Januari hingga September 2012, sebanyak 1481 kes khalwat menurut Seksyen 29 (a) dan (b), Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995, telah dibawa ke mahkamah untuk prosiding. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:-

    Petaling Jaya : 593 kes
    Klang : 97 kes
    Gombak : 166 kes
    Sepang : 51 kes
    Sabak Bernam : 126 kes
    Hulu Langat : 189 kes
    Kuala Langat : 85 kes
    Kuala Selangor : 72 kes
    Hulu Selangor : 102 kes

    Kebanyakan kes berkenaan telah diselesaikan oleh pihak mahkamah, manakala sebahagian yang lain masih dalam peringkat perbicaraan.

Lampiran

Tiada Lampiran.