Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

163) KES MAHKAMAH

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kes mahkamah dan statusnya yang melibatkan Kerajaan Negeri dari 2016-2018

    Senarai kes saman untuk Negeri Selangor yang diterima antara tahun 2016 sehingga Ogos 2018 seperti di Lampiran A. Jumlah kes yang direkodkan dari tahun 2016 sehingga kini adalah sebanyak 584 kes. Kes-kes adalah melibatkan pelbagai peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan melibatkan pelbagai jenis kes termasuk tort kecuaian, perlanggaran tugas statutori, semakan kehakiman, penamatan kontrak dan yang dikategorikan sebagai pihak nominal sahaja.

     

    TAHUN

     

    JUMLAH (BILANGAN KES)

    2016 214
    2017 205
    2018 165

    Daripada jumlah kes tersebut, sebanyak 197 kes sedang berjalan dan sebanyak 387 kes telah selesai setakat Ogos 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.