Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

145) KES PENDAKWAAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING, 1974

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kes-kes pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi tempoh lima tahun yang lepas terhadap kilang-kilang di Daerah Hulu Selangor. Sila berikan butir-butir.

    Dari tahun 2008 hingga 2012, bagi Daerah Hulu Selangor sebanyak 18 kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah didakwa di mahkamah iaitu melibatkan 11 premis kilang (4 premis masing-masing didakwa 2 kali) , 1 loji pembersihan air dan 2 individu. Sebanyak 5 kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen-Efluen

    Perindustrian) 1979 pada tahun 2008 dan 11 kesalahan di bawah PeraturanPeraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 pada tahun 2009 hingga 2012 kerana melepaskan efluen perindustrian melebihi had yang dibenarkan. Manakala 2 kesalahan lagi (melibatkan individu) telah didakwa di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana melakukan pembakaran secara terbuka. Butir-butirnya adalah seperti berikut :

     

    2010 Peraturan-Peraturan

    Kualiti Alam Sekeliling

    (Efluen Perindustrian) 2009

    PRUDENTIAL AMPRI CLEANROOM SERVICES SDN BHD
    2011 Peraturan-Peraturan

    Kualiti Alam Sekeliling

    (Efluen Perindustrian) 2009

    WESCHEM TECHNOLOGIES SDN BHD
    BEH THYE SDN BHD
    PRUDENTIAL AMPRI CLEANROOM SERVICES SDN BHD
    MILLEON EXTRUDER SDN BHD
    2012 Peraturan-Peraturan

    Kualiti Alam Sekeliling

    (Efluen Perindustrian) 2009

    PEPS JV (M) SDN BHD
    L & S COSMETICS AND TOILETRIES (M) SDN BHD

     

Lampiran

Tiada Lampiran.