Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

129) KES PENDERAAN KANAK-KANAK DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kes penderaan kanak-kanak yang telah dilaporkan dari 2014- 2016?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah bertanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan kanak-kanak dengan melindungi mereka dari penderaan melalui peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

    Statistik tahun 2014 hingga tahun 2016 menunjukkan bahawa jumlah penderaan fizikal, emosi dan seksual terhadap kanak-kanak di negeri Selangor adalah berjumlah 2,211 kes seperti pecahan berikut:

    Jenis Penderaan 2014 2015 2016 JUMLAH
    Fizikal 563 388 410 1,361
    Emosi 39 22 35 96
    Seksual 290 236 228 754
    JUMLAH 892 646 673 2,211

    Sumber: Bahagian Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri 

                  Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.