Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

232) KES ROGOL DAN GANGGUAN SEKSUAL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila bekalkan statistik tahunan terperinci berkaitan dengan kes rogol dan gangguan seksual dari 2005 hingga 2015 di negeri Selangor. Bandingkan dengan negeri-negeri lain.

    Perangkaan Jenayah seksual bagi tahun 2013 adalah sebanyak 774 kes di mana kes Rogol, Sumbang Mahram & Samun Rogol telah mencatatkan sebanyak 405 kes manakala kes Cabul Kehormatan mencatatkan sebanyak 369 Bagi tahun 2014 sebanyak 573 kes telah dicatatkan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 329 kes dicatat bagi kes Rogol, Sumbang Mahram & Samun Rogol dan sebanyak 244 kes dicatat bagi kes Cabul Kehormatan. Pada tahun 2015 (Januari – September) telah menunjukkan penurunan di mana telah mencatat sebanyak 455 kes. Daripada jumlah tersebut sebanyak 234 kes telah dicatatkan bagi kes Rogol, Sumbang Mahram & Samun Rogol manakala sebanyak 221 kes telah dicatatkan bagi kes Cabul Kehormatan. Berikut adalah perangkaan bagi Jenayah Seksual.

     

    JUMLAH KES SEKSUAL DIBUKA
    ( BAGI TAHUN 2013, 2014 DAN 2015 )
     

    BIL

     

    KATEGORI KES

    JUMLAH KES TUDUH
     

    2013

     

    2014

    2015

    (JAN – SEPT )

     

    2013

     

    2014

    2015

    (JAN-SEPT)

    1 ROGOL, SUMBANG MAHRAM

    & SAMUN ROGOL

    405 329 234 251 205 127
    2 CABUL KEHORMATAN 369 244 221 215 160 139
      JUMLAH  

    774

    573 455 466 365 266

Lampiran

Tiada Lampiran.