Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

177) KES SAMAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kes saman Kerajaan Negeri. Senaraikan semua kes saman Kerajaan Negeri dari 2014-2016 dan statusnya.

    Senarai semua kes saman Kerajaan Negeri dari tahun 2014 dan statusnya adalah seperti di Lampiran A.

    Jumlah kes yang direkodkan dari tahun 2014 hingga 2016 adalah sebanyak 566 kes. Sebanyak 256 kes telah selesai manakala sebanyak 310 kes sedang berjalan. Kes-kes adalah melibatkan pelbagai peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Majistret, Mahkamah Seksyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan melibatkan pelbagai jenis kes termasuk tort kecuaian, perlanggaran tugas statutori, semakan kehakiman, penamatan kontrak dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.