Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

13) KESALAHAN TAKSIRAN CUKAI TANAH KEPADA TETUAN SRI PURI MANAGEMENT CORPORATION (SPMC

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah bayaran lebihan berjumlah RM148,682.00 bagi tahun 2004 dan 2005 masih belum dibayar balik kepada Seri Puri Management Corporation sehingga hari ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, bayaran balik lebihan cukai tanah kepada Seri Puri Management Corporation bagi tahun 2004 dan 2005 yang berjumlah RM148,682.00 tidak dilaksanakan kerana ini adalah berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMK No. 12/4/2007 pada 31 Januari 2007, yang telah menolak penyelarasan semula cukai tanah tahun 2005 dan tahun-tahun sebelumnya ke atas hak milik bangunan berbilang

Lampiran

Tiada Lampiran.