Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

200) KESAMARATAAN ELAUN DAN PERUNTUKAN UNTUK KETUA KAMPUNG, KETUA KAMPUNG BARU DAN KETUA KOMUNITI INDIA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sebab Kerajaan Selangor tidak dapat memberikan elaun dan peruntukan yang sama kepada Ketua Kampung, Ketua Kampung Baru dan Ketua Komuniti India?

    Berdasarkan Manual Panduan Kerja Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Negeri Selangor yang telah dikeluarkan pada tahun 2001, JKKK ditubuhkan di kampung-kampung adalah bertujuan untuk memastikan kelancaran pembangunan Negara. JKKK diketuai oleh Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK. Bagi memastikan kelancaran pentadbiran JKKK, beberapa orang ahli jawatankuasa (AJK) akan dilantik untuk membantu Ketua Kampung antaranya AJK Kerohanian, AJK Sukan, AJK Teknologi Maklumat dan sebagainya. Bagi kampung yang di dalamnya terdapat komuniti kaum India, seorang AJK juga akan dilantik untuk menjaga komuniti tersebut. AJK tersebut lebih dikenali dengan nama Ketua Komuniti India (KKI). KKI dibayar elaun sebanyak RM500.00 sebulan dan diberikan peruntukan tahunan sebanyak RM10,000.00 untuk mentadbir dan menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di kalangan komuniti masing-masing. Disebabkan skop kerja yang lebih kecil, Kerajaan Negeri tidak memberikan elaun yang sama seperti mana yang diterima oleh Ketua Kampung Tradisi dan Ketua Kampung Baru

     

Lampiran

Tiada Lampiran.