Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

95) KESAN “BREXIT” TERHADAP IKLIM PELABURAN DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan Selangor menjalankan kajian terhadap kesan positif dan negatif sama ada jangka panjang atau pendek "Brexit" terhadap iklim pelaburan di Selangor khususnya pelaburan yang melibatkan para pelabur daripada United Kingdom?

    Pada masa ini Kerajaan Negeri masih belum menjalankan kajian terhadap kesan positif dan negatif samada jangka panjang atau pendek Brexit terhadap iklim pelaburan di Selangor khususnya pelaburan yang melibatkan para pelabur daripada United Kingdom.

    Berdasarkan statistik kelulusan projek-projek perkilangan di Selangor daripada tahun 1987 hingga Mac 2016, pelabur – pelabur utama yang melabur di Negeri Selangor adalah para pelabur daripada Jepun (RM 24.235 bilion), Amerika Syarikat (RM 14.676 bilion), Singapura (RM 10.666 bilion), Jerman (5.695 bilion), Taiwan (RM 4.207 bilion) dan Korea (RM 3.735 bilion). Manakala pelabur daripada United Kingdom berada ditangga ke tujuh sebagai pelabur utama di Negeri Selangor dengan pelaburan bernilai RM 2.356 bilion.

Lampiran

Tiada Lampiran.