Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

100) KESAN JEREBU KE ATAS SEKTOR PELANCONGAN NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kesan jerebu ke atas sektor pelancongan negeri Selangor sejak beberapa tahun lepas?

    Masalah jerebu yang melanda negara kita khususnya Negeri Selangor sedikit sebanyak telah mendatangkan kesan kepada sektor pelancongan. Antara kesan-kesan jerebu ke atas sektor pelancongan Negeri Selangor sejak beberapa tahun lepas adalah seperti yang berikut:

     

    i.              Pembatalan dan pengurangan aktiviti lawatan di tempat pelancongan yang terbuka atau ‘outdoor’.

    Aktiviti-aktiviti lawatan pelancongan yang dilakukan di tempat-tempat yang terbuka terpaksa dikurangkankan dan para pelancong terpaksa memilih aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara (indoor). Hal Ini menyebabkab pilihan untuk menjalankan aktiviti lawatan menjadi  terhad seperti aktiviti di kawasan air terjun dan juga taman rekreasi.

     

    ii.            Pembatalan acara pelancongan.

    Beberapa acara pelancongan yang di telah dirancang lebih awal dan di adakan dikawasan terbuka juga turut terjejas di mana acara-acara ini terpaksa ditangguhkan dan kerja-kerja menangguhan terpaksa dilakukan di mana ianya turut melibatkan kos pembatalan. Contohnya pembatalan acara seperti Malaysia Women Marathon 2013 dan Morib International Duathlon 2015.

     

    iii.           Pembatalan Penerbangan

    Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan hanya mengarahkan pembatalan penerbangan atau penutupan sementara sesebuah lapangan terbang akibat jerebu selepas mengambil kira pandangan juruterbang dan jarak penglihatan di darat dan udara. Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi kedatangan pelancong ke Negeri Selangor kerana jadual perjalanan untuk bercuti ke Negeri Selangor terjejas.

     

    Penerbangan melibatkan beberapa syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB), AirAsia dan Malindo Air dan lain-lain terjejas berikutan keadaan jerebu yang tidak mengizinkan di kawasan terbabit. Seperti contoh, mengikut laporan di KLIA pada 15 Oktober 2015 yang lalu, dua penerbangan MAB berpatah balik, iaitu KL-Kuching-KL dan KL-Kuantan-KL. Di KLIA2, tiga penerbangan AirAsia dibatalkan iaitu KL-Pontianak-KL, KL-Pekanbaru-KL dan KL-Palembang-KL, serta dua penerbangan Malindo Air dibatalkan, iaitu KL-Pulau Pinang-KL dan KL- Singapura-KL.

     

    1. Hebahan Media dan Sosial Media berkenaan dengan isu Jerebu. Hebahan mengenai info dan isu Jerebu ini sama ada melalui media konvensional ataupun media sosial sememangnya memberi kesan kepada sektor pelancongan di Negeri Selangor. Penyebaran gambar, info tahap pencemaran IPU, dan video menjadi viral seterusnya menjadi ‘trending’ di laman sosial media. Hal ini menyebabkan perancangan untuk pergi melancong sama ada dalam atau luar negara akan terbatas. Begitu juga kepada pelancong dari luar negara yang merancang percutian mereka di Negeri Selangor yang pastinya mengikuti perkembangan    terkini    di     Malaysia    dan     seterusnya menangguhkan atau membatalkan percutian

     

    v.            Pembatalan bilik penginapan dan pakej pelancongan.

    Perancangan percutian melalui pakej pelancongan juga turut terjejas melalui masalah jerebu ini. Para pelancong yang telah membeli pakej pelancongan beserta penginapan terpaksa membatalkan perancangan tersebut kerana segala aktiviti melalui pakej tersebut sukar dilakukan kerana faktor cuaca dan pencemaran udara yang teruk.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.