Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

87) KESAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ATAS SEKTOR PELANCONGAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila beri status terkini tentang kedatangan pelancong tempatan dan luar negara ke Selangor untuk suku tahun pertama tahun 2020, berbanding dengan tahun 2019.

    Untuk makluman, penyediaan laporan statistik kedatangan pelancong tempatan dan luar negara ke Negeri Selangor untuk suku tahun pertama tahun 2020 ini terpaksa ditunda kepada bulan Julai 2020 memandangkan Tourism Selangor terpaksa memanjangkan tempoh pengumpulan data sehingga 30 Jun 2020 kerana sebahagian besar sampel hotel bagi kajian ini tidak dapat memberikan maklumbalas data dalam tempoh PKP dikuatkuasakan.

    Namun begitu, Jumlah kedatangan pelancong ke negeri Selangor pada tahun 2019 yang lalu mencatatkan prestasi yang baik dengan menerima sebanyak 7.62 juta orang pelancong, dengan peningkatan pada kadar 5% berbanding tahun sebelumnya.

    Manakala, merujuk kepada  Laporan Survey Pelancongan Domestik 2019 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor berada di tangga pertama, negeri yang paling ramai dikunjungi oleh pelawat (visitor) domestik berbanding negeri-negeri lain pada tahun 2019 iaitu seramai 33.6 juta pelawat. Diikuti oleh W.P Kuala Lumpur (22.6 juta), Sabah (22 juta), Perak (21.1 juta) dan Sarawak (19.8 juta).

Lampiran

Tiada Lampiran.