Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

39) KESATUAN-KESATUAN SEKERJA YANG BERDAFTAR DENGAN (RTU) DALAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senarai terperinci nama dan alamat kesatuan yang aktif di Negeri Selangor.

    Sehingga Disember 2018, terdapat sebanyak 291 buah kesatuan sekerja berdaftar di Negeri Selangor dengan keanggotaan berjumlah 658,110. Daripada pecahan bilangan kesatuan ini, 54 buah kesatuan adalah daripada sektor awam, 32 buah kesatuan sektor badan berkanun dan 205 buah kesatuan adalah daripada sektor swasta.

    Berhubung dengan nama dan alamat kesatuan bagi setiap kesatuan sekerja di Negeri Selangor, mohon pihak Y.B. berurusan secara bertulis dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah Persekutuan melalui alamat berikut:-

    Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14

    40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Tel: 03-55193233

    Namun begitu, maklumat terperinci berhubung dengan kesatuan tersebut seperti jumlah ahli, nama Pegawai Kesatuan/ AJK dan sebangainya, pihak Y.B boleh berurusan terus dengan kesatuan sekerja berkenaan atau melalui kelulusan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja sebagaimana di bawah peruntukan Seksyen 70(1), Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Lampiran

Tiada Lampiran.