Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

68) KESELAMATAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bantuan kerajaan negeri kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap keselamatan?

     a dan b)

     

    Antara bentuk bantuan dan insentif daripada Kerajaan Negeri kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap keselamatan seperti:-

     

    Memasang sebanyak 414 unit CCTV di Negeri Selangor dan ditempatkan di lokasi terpilih atau hot-spot oleh PBT dan PDRM secara build operate and transfer di mana ia melibatkan kos sewaan untuk tempoh selama 20 tahun sebanyak RM488,520.00 sebulan atau RM5,862,240.00 setahun dan penyelenggaraan dilakukan oleh pihak kontraktor sendiri;

     

    Menubuhkan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di setiap PBT bagi memberi bantuan awal ketika berlakunya kecemasan antaranya banjir kilat, kebakaran dan kemalangan. Selain itu, pasukan ini juga telah diberikan latihan khas secara ‘Smart Partnership’ dengan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi penganjuran latihan dan kursus secara berterusan (on-going);

     

    Memberi peruntukan sebanyak RM5,000.00 setahun bagi melaksanakan program Pasukan Keselamatan Kejiranan atau Polis Komuniti di semua kampung Tradisi, Kampung Baru/Bagan/Tersusun dan Komuniti India; dan

     

     

    Melaksanakan Skim Rondaan Keselamatan Dan Kejiranan Pangsapuri Negeri Selangor (SEROJA) melalui penyelarasan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS) kepada komuniti di pangsapuri- pangsapuri terpilih sebagai perintis. Selain itu, PBT telah menyediakan bantuan peralatan rondaan seperti rotan, wisel dan lampu

Lampiran

Tiada Lampiran.