Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

223) KESELAMATAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah keberkesanan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk menangani ancaman jenayah? Sila sokong dengan statistik.

    Melalui program Bandar selamat yang telah dijalankan didapati indeks jenayah bagi kawasan PBT ada penurunan bermula pada tahun 2009 sehingga 2013 walaupun tidak di semua tempat tetapi terkawal. Ini dapat dilihat melalui indeks Jenayah yang dilaporkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat yang diadakan setiap bulan di PBT masing- masing. Mulai tahun 2007, Pelaksanaan Program Bandar Selamat di bawah program NKRA diperluaskan kepada semua PBT termasuk Majlis Daerah. Semua PBT di Negeri Selangor telah menjadikan Program Bandar Selamat sebagai Agenda Tetap di dalam Mesyuarat Penuh

     

    Kerajaan Negeri bersama pihak PDRM menjadi ahli di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Program Bandar Selamat peringkat PBT. Antara perkara yang dibincangkan ialah pelaporan secara berkala mengenai kadar jenayah indeks dan jenayah jalanan di peringkat PBT masing-masing di mana data diperoleh daripada pihak PDRM. Peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan untuk pemasangan langkah segera program bandar selamat (pengasingan laluan pejalan kaki, papan tanda, pencahayaan, TLM berkunci dan cermin keselamatan) telah memberi impak pengurangan jenayah jalanan dan harta benda. Selain itu, penduduk telah mula sedar kepentingan penjagaan persekitaran tempat tinggal melalui penubuhan rukun tetangga dan pemasangan CCTV bagi mengurangkan jenayah dari berlaku.

Lampiran

Tiada Lampiran.