Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

252) KESELAMATAN AIR LOMBONG

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jaminan kerajaan negeri bahawa air lombong selamat untuk kegunaan rakyat?

    Kerajaan Negeri sentiasa memastikan air kolam sumber air yang dipam ke Sungai Selangor adalah mematuhi piawaian air mentah KKM untuk dirawat oleh LPA. Proses pemantauan kualiti air dijalankan melalui 3 peringkat, iaitu:

    1. Pemantauan di kolam sumber air oleh LUAS dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS),
    2. Pemantauan air mentah di sungai dan muka sauk oleh operator loji dan JKNS, dan
    3.  Pemantauan air terawat selepas proses rawatan di loji pembersihan air oleh operator loji dan JKNS.

    Pensampelan dijalankan oleh JKNS dan LUAS serta analisa sampel dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM). Berdasarkan analisa pemantauan kualiti air yang dijalankan sepanjang tempoh pengepaman air kolam sumber air ke Sungai Selangor mendapati tiada perlanggaran bagi parameter logam berat di air mentah bagi muka sauk dan air terawat.

Lampiran

Tiada Lampiran.