Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

174) KESELAMATAN AWAM

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah tahap keselamatan awam di Negeri Selangor ketika ini?

    Secara keseluruhannya tahap keselamatan di Selangor adalah terkawal. Masyarakat
    tidak perlu bimbang dengan keselamatan nyawa dan harta benda mereka. Pihak polis
    selama ini dan pada bila-bila masa tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk
    ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam
    ke arah itu Polis Selangor telah, sedang dan akan melaksanakan pelbagai langkah bagi
    mempertingkatkan tahap keselamatan di negeri ini. Antaranya termasuklah
    melaksanakan konsep Community Policing iaitu menjalinkan kerjasama mencegah
    jenayah dengan Badang-badan Bukan Kerajaan (NGO’s). Persatuan Penduduk, Pihak
    Sekolah, Rukun Tetangga dan sebagainya. Sebahagian besar anggota yang bertugas di
    pejabat juga telah ditempatkan di kawasan-kawasan awam, kawasan perumahan dan
    kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan sering berlakunya jenayah. Ringkasnya
    Polis Selangor melaksanakan konsep Ommni Presence dan Konsep High Profile
    Policing iaitu sentiasa berada di tempat-tempat awam dengan uniform dan pada masa
    yang sama berhubung dengan mereka. Hasil daripada usaha gigih ini maka kadar
    jenayah di Selangor telah dapat dikurangkan sebanyak 11.34% (Januari hingga 6 Julai
    2010) atau 3,117 kes berbanding dengan tahun 2009.

Lampiran

Tiada Lampiran.