Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

14) KESELAMATAN AWAM DAN KADAR JENAYAH

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mencegah dan mengurangkan kadar jenayah?

    Langkah- langkah yang dilaksanakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mencegah dan mengurangkan kadar jenayah adalah seperti berikut:

     

    BIL PBT LANGKAH- LANGKAH YANG DIJALANKAN
    1. MBSA Program-program yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam bagi mencegah dan mengurangkan jenayah termasuklah :-

    1.  Program Blackspot dan Hotspot

    Peruntukan diperolehi di bawah program NKRA Bandar Selamat untuk menaik taraf dan juga mengambil tindakan berdasarkan 5 langkah bandar selamat yang telah dikenal pasti iaitu :

    i)       Pengasingan laluan pejalan kaki dengan kenderaan bermotor

    ii)         Penyediaan rel penghadang

    iii)       Cermin keselamatan

    iv)       Pencahayaan

    v)        Tempat Letak Motosikal Berkunci

    2.   Mengenal pasti Hot Spot Jenayah Melalui Sistem Pemantauan Program Bandar Selamat (SPBS)

    3.  Projek Penambahbaikan NKRA Bandar Selamat melalui Peruntukan Kerajaan Persekutuan.

    4. Pengawalan Pembangunan melalui ‘Crime Prevention Thru Design’ (CPTED)

    5.  Mesyuarat Jawatankuasa Program Bandar Selamat Dan Bebas Halangan MBSA (bersidang setiap bulan).

     

        6. Pemantauan melalui pemasangan CCTV :

    a.        24 CCTV di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan (KDN)

    b.        50 CCTV di bawah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor

    c.        Kawalan dibuat di Bilik Kawalan CCTV yang beroperasi 24 jam setiap hari.

    7. Peningkatan Ilmu melalui program :

    a.         Lawatan Kerja Program Bandar Selamat ke Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

    b.        Lawatan Kerja CCTV ke Perbadanan Putrajaya

    c.        Bengkel Pemantapan Pelaksanaan Garis panduan CPTED

    d.        Lawatan Kerja Projek CCTV MBSA ke Pusat IT IS, DBKL & PKT Logistik Sdn. Bhd. (Pengendalian CCTV di Jabatan Kerajaan dan Pihak Swasta)

    e.        Bengkel Memperkasa Kawasan Sasaran (Hotspot Jenayah 2012)

    f.          Taklimat Sistem SPBS dan PRS bersama pihak Polis.

    g.       Program Pemberian Topi Keledar (Helmet) Percuma Kepada Penunggang Motosikal Sempena Kempen Selamat Balik Kampung.

    h.       Projek Perintis Bersama Philips Lighting Malaysia : Pemasangan Lampu “LED White Streetligh”

    i.         Mengemas kini Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) Data 2010 -2011.

    j.          Audit Keselamatan Jejantas (bersama pihak JPBD Semenanjung Malaysia)

    2. MBPJ Langkah – langkah yang dilaksanakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  bagi  mencegah dan mengurangkan kadar jenayah adalah :

     

    Langkah 1:    Pengasingan Laluan Pejalan Kaki Dari Laluan Bermotor

    i.                Penyediaan laluan pejalan kaki khusus

    ii.              Penyediaan bollard

    iii.             Penyediaan rel penghadang

    –   Lokasi penting penyediaan rel penghadang   di sekitar Petaling Jaya adalah melibatkan kawasan perumahan, perkhidmatan seperti hotel, sekolah dan plaza dan juga melibatkan kawasan komersil.

    iv.            Penyediaan tanaman landskap

    v.              Penyediaan laluan motosikal khas

     

    Langkah 2: Pelaksanaan Reka Bentuk Persekitaran Fizikal Yang Selamat (CPTED)

     

        –   Antara yang terkandung dalam (CPTED) adalah seperti :

    a)      Garis panduan reka bentuk persekitaran fizikal yang selamat (CPTED).

    b)      Panduan pelaksanaan pencahayaan

    c)      Panduan pelaksanaan laluan pejalan kaki khusus

    d)      Panduan pelaksanaan penanaman landskap

    e)      Panduan pelaksanaan penyediaan bollard dan rel penghadang

    f)       Garis panduan pemasangan CCTV di premis perniagaan dan tempat awam

    g)      Manual pelaksanaan pemetaan GIS jenayah

     

    Langkah 5: Penyediaan Cermin Keselamatan

    –   Di antara lokasi penting bagi penyediaan cermin keselamatan di sekitar Petaling Jaya adalah melibatkan kawasan perumahan, perkhidmatan seperti sekolah dan perniagaan yang sering kali menjadi tempat tumpuan / kunjungan orang ramai.

     

    Langkah 6: Penyediaan Papan Tanda Peringatan Jenayah

    –   Di antara lokasi penting bagi penyediaan papan tanda peringatan jenayah di sekitar Petaling Jaya adalah melibatkan kawasan perumahan, perkhidmatan seperti sekolah dan perniagaan yang sering kali menjadi tempat tumpuan / kunjungan orang ramai.

     

    Langkah 8: Penyediaan Tempat Letak Motosikal Berkunci

    –   Di antara lokasi penting bagi penyediaan cermin keselamatan di sekitar Petaling Jaya adalah melibatkan kawasan perumahan dan perniagaan yang sering kali menjadi tempat tumpuan / kunjungan orang ramai.

     

    Langkah 9: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di premis perniagaan dan tempat awam.

     

    Langkah 10: Pencahayaan

    –   Di antara lokasi penting bagi penyediaan cermin keselamatan di sekitar Petaling Jaya adalah melibatkan kawasan – kawasan perumahan terutamanya kawasan perumahan flat dan pangsapuri.

    3. MPK a.  Majlis   Perbandaran   Klang   bekerjasama dengan

    IPD  Klang  (Utara  &  Selatan)   dengan  mengenal

     

        pasti lokasi hotspot jenayah dan pemasangan 5 langkah segera (pencahayaan, pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor, cermin keselamatan, papan tanda dan tempat letak motosikal berkunci);

    b.      Hebahan program bandar selamat  melalui pameran dan risalah; dan

    c.       Pemasangan CCTV menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri di kawasan hotspot

    d.      Mengadakan kerjasama dengan Agensi dan Masyarakat setempat dalam mengawal jenayah seperti:

    –          Menubuhkan rukun tetangga

    –          Menubuhkan sistem rondaan sukarela

    –          Menubuhkan klinik cure and care

    –          Mengadakan program kemasyarakatan yang lain seperti gotong royong dan pengindahan kawasan.

    4. MPSJ i)  Melaksanakan lima elemen Bandar Selamat di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya iaitu :

    a.       Laluan    pejalan     kaki/laluan    basikal    &     rel penghadang

    b.      Papan tanda pencegahan jenayah

    c.       Tempat letak motosikal berkunci

    d.      Pencahayaan

    e.      Cermin keselamatan

     

    ii)  Penyediaan lampu jalan/taman untuk elemen pencahayaan Tahun 2013 sebanyak RM 2,000,000.00 (2 juta) di bawah peruntukkan infrastruktur Majlis Perbandaran Subang Jaya.

    iii)  Penyediaan CCTV sebanyak 174 unit dari tahun 2006 hingga Tahun2013 di mana peruntukan dari :

     

    a.       100 unit-   Majlis Perbandaran Subang Jaya

    b.      50 unit  –   Kerajaan Negeri (UPEN)

    c.       24 unit  –         Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

     

    iv) Mengambil maklum 47 permohonan Guarded Community (GC) dari Tahun 2008 hingga 2013 (Tahun 2013 ialah 3 permohonan daripada 47 permohonan)

    5. MPAJ Lima (5) Langkah Program Bandar Selamat untuk dilaksanakan di MPAJ adalah:

    a)    Pencahayaan

    b)   Rel Pengadang

    c)   Cermin keselamatan

    d)   Tempat letak motor berkunci

     

        e) Papan tanda peringatan/amaran
    6. MPS Majlis bekerjasama dengan pihak polis dan masyarakat setempat dalam melaksanakan langkah seperti berikut :-

    a)      Merancang dan melaksanakan program Bandar Selamat

    b)      Penyediaan papan tanda peringatan jenayah

    c)      Penyediaan CCTV

    d)      Pencegahan melalui penyediaan kemudahan infrastruktur selamat

    e)      Membasmi kawasan –kawasan berisiko

    7. MPSepang a.       Jawatankuasa Program Bandar Selamat Majlis Perbandaran Sepang, lima (5) langkah yang akan dan sedang dilaksanakan oleh Majlis adalah  seperti berikut :

    i.                     Pencahayaan ;

    ii.                   Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor ;

    iii.                  Penyediaan tempat letak motosikal berkunci

    ;

    iv.                 Penyediaan dan pemasangan papan tanda peringatan jenayah ;

    v.                   Penyediaan     dan     pemasangan                           cermin keselamatan

    8. MPKj Pihak Majlis melaksanakan 15 langkah Program Bandar Selamat yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Selangor di lokasi- lokasi hotspot yang dikenal pasti oleh IPD Kajang seperti penyediaan tempat letak motosikal, pengasingan laluan bermotor dengan pejalan kaki, penggera keselamatan, CCTV, pencahayaan dan sebagainya yang dipantau oleh Mesyuarat Program Bandar Selamat Majlis Perbandaran Kajang untuk

    mengurangkan kadar jenayah tempatan.

    9. MDKL a.       Menjalankan projek-projek pemasangan elemen pencegahan jenayah seperti pemasangan cermin keselamatan, pemasangan rel penghadang, pencahayaan di tempat-tepat cenderung berlaku jenayah, pemasangan papan tanda peringatan jenayah dan lain-lain

    b.      Program sosial seperti kesedaran pihak awam dalam membanteras jenayah seperti ceramah, pengawasan kejiranan, Kepolisan Masyarakat dan lain-lain.

    10. MDHS MDHS telah melaksanakan 5 langkah inisiatif Bandar selamat yang mana meliputi :

    (1)     Pengasingan laluan Pejalan kaki dengan kenderaan bermotor,

    (2)      Pemasangan Cermin Keselamatan,

    (3)      Pencahayaan kawasan berpotensi berlaku

     

        jenayah,

    (4)  penyediaan tempat letak motosikal berkunci dan

    (5)  pemakaian garis panduan Reka Bentuk Bandar selamat kepada pembangunan-pembangunan baru.

    Bermula Oktober 2013 MDHS telah menjalankan satu lagi langkah baru dengan mengguna pakai Sistem Pemantauan bandar selamat (SPBS) bagi mengawal jenayah dalam daerah Hulu Selangor.

    11. MDKS Langkah–langkah Program Bandar Selamat bagi mengurangkan kadar jenayah di Kawasan Majlis Daerah Kuala Selangor adalah seperti berikut:-

    i.         Pengasingan   laluan   pejalan    kaki   dari                           laluan bermotor

    ii.       Pencahayaan

    iii.      Cermin Keselamatan

    iv.     Pemasangan tempat letak motosikal berkunci

    v.       Papan tanda peringatan jenayah

    12. MDSB Program       yang       telah       dilaksanakan                      dibawa Jawatankuasa Bandar Selamat ialah :

    i         Pencahayaan

    ii       Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor

    iii     Rel penghadang jalan

    iv     Papan tanda pencegahan jenayah dan; v Cermin keselamatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.