Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

104) KESELAMATAN DAN JENAYAH

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha terbaru Kerajaan Negeri dalam menjamin keselamatan penduduk-penduduk Selangor di kawasan awam dan perumahan?

    Usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam mengurangkan jenayah dan menimbulkan rasa selamat kepada penduduk setempat adalah dengan menyediakan elemen bandar selamat di kawasan hotspot PBT Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Kecil Bandar Selamat, Local Agenda (LA21) dan Pembangunan Mampan, di mana keanggotaannya terdiri daripada pihak Polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Keselamatan Jalan raya (JKJR), Jabatan Pendidikan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan lain-lain agensi yang terlibat secara langsung dalam bidang keselamatan.

    Melalui jawatankuasa ini, pelbagai pelan tindakan yang mengambil kira aspek pencegahan jenayah dan pengawasan keselamatan fizikal dan sosial seperti pemasangan CCTV, projek pencahayaan, pemasangan papan tanda peringatan keselamatan, penyediaan cermin keselamatan dan penyediaan rel penghadang di laluan pejalan kaki bagi mengatasi masalah ragut dan amalan rekabentuk CPTED (Crime Preventation Through Environmental Design) semasa peringkat rekabentuk dan pembangunan baru.

Lampiran

Tiada Lampiran.