Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

45) KESELAMATAN DAN USAHA BANTERAS JENAYAH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pendekatan terbaik dalam menyebarluaskan program CommunityPolicing/PKKPJ/Seroja serta langkah yang diambil oleh kerajaan Selangor dalam menyediakan infrastruktur yang mampu mencegah jenayah?

    Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor telah menyediakan piawaian Garis Panduan Permohonan termasuk borang-borang yang diguna pakai secara seragam bagi memudahkan JMB dan MC untuk memohon bantuan Skim SEROJA. Garis Panduan tersebut telah pun diedarkan kepada semua Unit Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan dan akan dipanjangkan kepada semua pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen untuk meluaskan akses kepada JMB dan MC.   Setakat ini, terdapat 13 kawasan pangsapuri telah mendapat dan membuat permohonan bantuan skim SEROJA seperti berikut:

    BIL. PBT NAMA PANGSAPURI TAHUN BERMULA PELAKSANAAN
    1. MBSA 1. SRI ERA 2013
    2. MBPJ 2. DESA MENTARI, BLOK 3 2014
    3. MPSJ 3. A27-A30, PUCHONG PERMAI 2013
    4. MPAJ 4. CEMARA 1 & 2 2014
    5. NUSA KURNIA 2014
    6. INTAN, BUKIT PERMAI 2014
    7. INAI BLOK A, B, C DAN D 2015
    5. MPK 8. MAWAR CEMPAKA 2013
    6. MPKj 9. MELUR, TAMAN SUTERA KAJANG 2014

     

    BIL. PBT NAMA PANGSAPURI TAHUN BERMULA PELAKSANAAN
    7. MPS 10. LAKSAMANA JAYA 2013
    8. 11. CEMPAKA, TAMAN GOMBAK PERMAI 2014
    9. MPSp 12. MEGAH VILLA 2013
    10. MDHS 13. KENANGA, TAMAN BUNGA RAYA 2014

Lampiran

Tiada Lampiran.