Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

141) KESELAMATAN DARI JENAYAH DAN BENCANA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah pelaksanaan sistem keselamatan kendiri di kawasan perumahan sebagaimana janji penggantian Rukun tetangga kepada sistem baru yang lebih berkesan?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih mengguna pakai sistem Rukun Tetangga yang tertakluk di dalam Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif mengkaji dan kini sedang dalam cadangan untuk melaksanakan penambahbaikan ke atas beberapa peruntukan di dalam Peraturan tersebut selaras dengan keperluan  semasa agar satu kawalan keselamatan di kawasan perumahan lebih ketat dan tersusun dapat diwujudkan. Antara yang dicadangkan adalah dengan membenarkan pelantikan pengawal keselamatan yang berkelayakan di bawah kendalian syarikat keselamatan yang dilesenkan di bawah Akta Ejensi Persendirian 1971 (Akta 27) untuk menjalankan kawalan keselamatan 24 jam berbanding pada waktu malam sahaja seperti yang diperuntukkan buat masa ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.