Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

153) KESELAMATAN DI BANDAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana kerajaan dengan peranan yang terhad dan agensi-agensi yang di bawah kerajaan negeri, menangani isu keselamatan khususnya di bandar- bandar?

    Kerajaan dengan peranan yang terhad dan agensi-agensi yang di bawah Kerajaan Negeri telah merangka dan merancang program bersepadu ke arah mengurangkan kes – kes ini dengan bertindak sebagai urus setia dan memantau tindakan bersepadu ini di setiap PBT di Selangor. Kerajaan Negeri melalui PBT juga dalam usaha menyatukan agensi kerajaan pusat, agensi kerajaan negeri dan swasta bagi membantu penyelarasan operasi penguatkuasaan. Selain daripada itu aktiviti masyarakat serta kempen juga perlu diperkukuhkan di semua peringkat umur rakyat Selangor supaya ia menjadi gaya hidup rakyat

     

    Antara strategi yang dirancang ialah seperti berikut:

     

    • Memperkasakan Jawatankuasa Program Bandar Selamat;

     

    • Memperkukuhkan hubungan kerjasama antara pihak polis, PBT dan masyarakat setempat;

     

    • Mengurangkan peluang berlakunya jenayah melalui reka bentuk fizikal dan memperbaiki kemudahan melalui 5 langkah segera Program Bandar Selamat;

     

    • Memberi pendidikan awal di kalangan pelajar mengenai keselamatan dan nilai- nilai murni;

     

    • Mengadakan aktiviti kemasyarakatan yang berterusan bagi menanam sikap positif di kalangan penduduk;

     

    • Menyediakan kemudahan awam yang mencukupi dan mesra OKU; dan

     

    • Memperkasakan penguatkuasaan pencegahan jenayah.

Lampiran

Tiada Lampiran.